Sunday 24 April 2016

Aras Kognitif Taksonomi Bloom



1. Pengetahuan 
Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya.
2. Pemahaman 
Aras kognitif yang melibatkan proses pengembangan pemikiran. Pada aras ini pelajar menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.  
 
3. Aplikasi  
Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukuman atau prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu dan kemudian diaplikasikan dalam situasi baru. 
4. Analisis
Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah.  
5. Sintesis  
Aras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.  
6. Penilaian 
Aras kognitif yang mengkehendaki pelajar melakukan penilaian, diskriminasi, memberi rasional dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu.
Aras Kesukaran
Konstruk / Kemahiran
Kata Tugas
Rendah / Achievements
*      Pengetahuan
*      Kefahaman
Ø  Apakah
Ø  Berapah
Ø  Siapakah
Ø  Bilakah
Ø  Labelkan
Ø  Senaraikan
Ø  Namakan
Ø  Definisikan
Sederhana / Credit
*      Aplikasi
*      Analisis
Ø  Lakarkan
Ø  Jelaskan
Ø  Huraikan
Ø  Bincangkan
Ø  Wajarkah
Ø  Ramalkan
Ø  Perihalkan
Ø  Menyelesaikan
Tinggi / Excellent
*      Sintesis
*      Penilaian
Ø  Rumuskan
Ø  Sarankan/ syorkan
Ø  Ulaskan
Ø  Nilaikan
Ø  Iktibar
Ø  Mengarang




 

1 comments:

syamie said...

such a nice background song. Heard it while studying does relax me a bit. Thank you for the useful information too.

Post a Comment

 

Cikgu Mogana Published @ 2014 by Ipietoon