Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses kembali
maklumat, fakta, definisi dan sebagainya.
2. Pemahaman
Aras kognitif yang melibatkan proses pengembangan pemikiran. Pada
aras ini pelajar menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.
3. Aplikasi
Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori,
prinsip, hukuman atau prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta
kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu dan kemudian
diaplikasikan dalam situasi baru.
4. Analisis
Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah.

5. Sintesis
Aras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan
pemikiran dengan mencantumkan unsur-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk
menghasilkan sesuatu yang baru.
6. Penilaian
Aras kognitif yang mengkehendaki pelajar
melakukan penilaian, diskriminasi, memberi rasional dan menyatakan pendapat
dengan alasan-alasan tertentu.
Aras
Kesukaran
|
Konstruk
/ Kemahiran
|
Kata
Tugas
|
Rendah / Achievements
|
Pengetahuan
Kefahaman
|
Ø Apakah
Ø Berapah
Ø Siapakah
Ø Bilakah
Ø Labelkan
Ø Senaraikan
Ø Namakan
Ø Definisikan
|
Sederhana / Credit
|
Aplikasi
Analisis
|
Ø Lakarkan
Ø Jelaskan
Ø Huraikan
Ø Bincangkan
Ø Wajarkah
Ø Ramalkan
Ø Perihalkan
Ø Menyelesaikan
|
Tinggi / Excellent
|
Sintesis
Penilaian
|
Ø Rumuskan
Ø Sarankan/ syorkan
Ø Ulaskan
Ø Nilaikan
Ø Iktibar
Ø Mengarang
|
1 comments:
such a nice background song. Heard it while studying does relax me a bit. Thank you for the useful information too.
Post a Comment